SEBUAH PROJEK OLEH MARDI
Projek ARB
yang terletak di Stesen Mardi Kluang, Johor merupakan sebuah "Projek"
pengeluaran komersil baka tulen lembu dan kambing berkualiti oleh MARDI.
Projek ARB dibangunkan bertujuan mengeluarkan baka ternakan lembu dan kambing berkualiti secara intensif untuk pembangunan industri ternakan negara dengan menggunakan BIOTEKNOLOGI PEMBIAKAN TERKINI - (Advanced Reproductive Biotechnology - "ARB")
LOGO PROJEK ARB
Menjadi perintis pembangunan industri ternakan ke arah mencapai status "self sufficiency" dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri ternakan seperti:
- Penghasilan ternakan pembaka induk & pejantan
- Perkhidmatan pembiakan artificial
- Pengeluaran makanan ternakan
HALATUJU STRATEGIK
- Meningkatkan kualiti baka tempatan terpilih dengan baka berkualiti tinggi melalui proses pemilihan dan kacukan
- Menghasilkan baka induk terpilih dengan ciri-ciri yang sesuai untuk pengeluaran dibawah integrasi dan fidlot
- Pengeluaran bahan-bahan genetik berkualiti tinggi dan perkhidmatan pembiakan.
AKTIVITI ASAS PROJEK
Pelan Pembagunan kelompok nukleus:
- Fasiliti lengkap yang berupaya untuk memberi perkhidmatan kepada industri ruminan tempatan dalam penyebaran bahan genetik yang berkualiti dan superior
- Tenaga manusia yang mempunyai kemampuan dan pengalaman untuk melaksanakan program ARB dan pembiakan bersrtuktur
- Bahan perintis yang mampu membekalkan bahan genetik superior (semen & embryo) dan baka pejantan superior bagi baka-baka kambing dan lembu yang penting di MALAYSIA
Pemilihan dan pembiakan untuk penghasilan baka pejantan:
- Pembentukan ABC ("Artificial Breeding Centre") untuk lembu dan kambing yang merangkumi 3 komponen berasingan iaitu CPT ("Central Performance Test"), "Reproductive Biotechnology Laboratory" dan "Gene Bank" di bawah UNIT PUSAT EMBRIO HAIWAN NEGARA ( National Animal Embryo Centre - "NAEC")
- Penggunaan teknik CPT yang efektif dan sistem rekod ("breedplan") untuk mengenalpasti individu ternakan yang superior untuk pembiakan
Pembentukan Unit Pembiakan dan Ladang Pengganda
- Pembiakan kovensional baka yang sedia-ada
- Kombinasi ET (Embyo Transfer) dan AI(Artificial Insemination) untuk penggandaan superior genetik dari susur galur jantan dan betina
- AI untuk penggandaan dan penyebaran genetik superior terpilih dari susur galur jantan.
Projek ARB Diuruskan Oleh Marditech Corporation Sdn Bhd


